KETUA jurulatih bawah 19 tahun, Juan Torres Garrido berkata mereka perlu bersedia untuk menghadapi tuan rumah Tajikistan pada hari Jumaat.

Dia memuji persembahan yang ditonjolkan oleh pemain-pemain muda kebangsaan yang mencatat keputusan yang agak memberangsangkan dalam Kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Selepas menundukkan Oman 2-1 pada hari Sabtu, Malaysia mencatat keputusan seri yang positif menentang Korea Utara 0-0 dalam perlawanan kumpulan kedua mereka.

Ketua Jurulatih B-19 Tahun Malaysia, Juan Torres Garrido

“Mereka telah bermula dengan baik dalam kempen kelayakan dengan mengutip empat mata dalam dua perlawanan pertama Kumpulan H.

“Kita mesti positif. Kami menentang pasukan yang hebat hanya dua hari selepas menentang Oman.

“Kami mesti melakukan pemulihan yang sewajarnya untuk pemain dan menyediakan mereka untuk perlawanan seterusnya. Kami mahu pasukan terus kukuh dan konsisten,” kata Garrido, yang juga penolong jurulatih kepada Pau Marti Vicente dalam pasukan kebangsaan.

Haykal Danish antara pemain paling menyerlah dari skuad B-19 kebangsaan.

Malaysia berada di tempat kedua dalam kumpulan H dengan empat mata manakala Korea Utara berada di tempat pertama, juga dengan empat mata tetapi dengan perbezaan gol yang lebih baik.

Garrido berkata pemain muda dalam pasukan telah menunjukkan dedikasi yang besar dalam latihan kerana mereka ingin membawa kebanggaan kepada peminat bola sepak di Malaysia.

“Kita mesti mengekalkannya seperti ini. Pemain menunjukkan bahawa dalam kejohanan mereka memberikan yang terbaik, dan kami mesti terus menunjukkan kemajuan selepas setiap perlawanan.

“Mereka sangat komited dan mengumpul pengalaman hebat.

“Kadang-kadang keputusan bergantung kepada cara bermain tetapi saya bangga dengan cara mereka seronok menghadapi persaingan dan saya fikir kami masih mempunyai ruang untuk menambah baik.

“Kami akan menghadapi satu lagi senario mencabar, bermain Tajikistan, dan saya percaya itu satu lagi peluang untuk terus berkembang,” katanya.