KETUA jurulatih Kelantan United FC (KUFC) Tomas Trucha menyifatkan kejayaan mengikat KL City FC 0-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, pada Selasa adalah keputusan yang baik buat skuad bimbingannya.

Menurut Tomas, menentang kelab yang dibina dengan teratur seperti KL City FC, dengan pemain import dan tempatan yang sangat baik, bagus buat dirinya serta pihak kejurulatihan menyaksikan bagaimana pemain menyesuaikan diri dengan latihan taktikal.

Tambah Tomas, dia  juga dapat melihat tahap kecergasan pemain dan mengetahui dengan jelas dimana yang perlu mereka pertingkatkan.

KUFC mempamerkan aksi positif dalam dua perlawanan persahabatan di Lembah Klang ketika ini. (Foto: KUFC)

 

 

 

Mengulas prestasi positif Kelantan United FC pada dua perlawanan di Lembah Klang setakat ini, Tomas memuji pemainnya kerana kerja berpasukan, bertenaga, sikap, disiplin dan tanpa bolos.

Bagaimanapun, dia berkata semua itu masih perlu dipertimbangkan bahawa perlawanan itu adalah sebahagian dari pra musim.

Katanya, masih banyak perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian ofensif permainan.

Memiliki paras rupa dan perwatakan seumpama pengendali Liverpool Jurgen Klopp, Tomas mahu lebih penguasaan pada bola, lebih banyak hantaran ke kawasan jaringan seterusnya percubaan yang mampu menambah peluang untuk menjaringkan gol.

“Itu adalah bahagian untuk membina pasukan yang belum penuh dan adalah sebahagian proses pembelajaran,” ujarnya menerusi kenyataan kelab.