KECOH di sosial media apabila tular satu video insiden dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 (B-14) Malaysia 2022 di Johor pada 16 Disember lepas.
Perlawanan bola tampar itu menyaksikan atlet B-14 ditampar oleh jurulatih dipercayai dari pasukan Melaka.
Video itu memaparkan jurulatih pasukan bola tampar wanita B-14 tahun Melaka dilihat menampar dua pemainnya.
Semasa kejadian, ia melibatkan perlawanan tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita menyaksikan Melaka menentang Johor di SJK (C) Pei Hwa.
Kedua-dua atlet itu tidak menunjukkan reaksi panik sebaliknya mempamerkan wajah berani dan tabah sepanjang perlawanan, dan dipujuk oleh rakan sepasukan mereka selepas ‘serangan’ jurulatih.
This is wrong. Spoken to @FadhlinaSiddiq and we are both getting more information on this incident. https://t.co/cXOvgTebYF
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 1, 2023
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan insiden itu adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.
Beliau juga telah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq bagi mendapatkan kepastian isu yang sedang tular.
“Ini (perbuatan) adalah salah. Bercakap kepada @FadhlinaSiddiq dan kami sama-sama mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian ini,” ciapnya menerusi Twitter pada Ahad.
Terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku. Ianya boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak2 ini. Semoga YB @hannahyeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia. pic.twitter.com/HTwPx7d9sc
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) January 1, 2023
Sementara itu, insiden berkenaan turut mendapat reaksi kurang senang bekas menteri kementerian terbabit, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Tiada ruang dalam sukan atau kehidupan untuk jenis kelakuan kesat ini.
“Pendidikan, kesedaran dan penyeliaan yang berkesan adalah penting untuk memastikan sikap saling menghormati antara atlet, jurulatih dan pentadbir.
“Terlalu banyak insiden seumpama ini telah dan sedang berlaku. Jika tidak ditangani dengan serius, akan terus berlaku. Ianya boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak ini.
“Semoga YB @hannahyeoh dapat meneruskan usaha mewujudkan Akta Sukan Selamat di Malaysia,” katanya.