PILIHAN pertama, Justin Hoh menepati ramalan mengetuai 64 pemain yang akan beraksi di pusingan keempat Kejohanan Badminton Petronas Bawah 21 Kebangsaan yang berlangsung di Kuantan, Pahang bermula hari ini.
Justin yang mendapat bye di pusingan pertama tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Sabah, Jason Lau Zhi Xian 21-10, 21-10 dan akan berdepan Marcul Loh Jiale dari Melaka pada Khamis.
Mengikuti jejak Justin adalah Low Han Chen yang menundukkan wakil Selangor, M Thaqif Shaz Mohd Shazlan 21-11, 19-21, 21-18 untuk mara ke pusingan keempat dan akan berdepan pemain dari Melaka, Soh Ping Chuan yang menang ke atas Yap Chun Sin (K Lumpur) 21-15, 21-12.
Saingan beregu lelaki juga menyaksikan pasangan adik beradik dari Putrajaya, Muhd Dani Ishraf Razali dan Muhd Faris Zikry Razali mara ketiga selepas menundukkan gandingan Sabah, Fong Kuo Yoong-Yap Rung En straight set 21-6, 21-8 dan akan menentang beregu dari P Pinang, Tan Kean Wei-Eizariff Eiznish Hairulnizam.
Satu lagi aksi beregu lelaki menyaksikan gandingan dari Sarawak, Bernard Russel AK Bayan-Eden Toh Ting Joun menundukkan bergu adik beradik, Muhd Roslan Muhd Fozi-Muhd Roslin Muhd Fozi dari Negeri Sembilan dengan kemenangan 21-18, 21-19.
Bernard-Eden akan menentang beregu dari BAM, Kee Is Qian-Lim Wei Hou untuk memburu tiket ke pusingan ketiga.
Berdasarkan info Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kejohanan badminton PETRONAS Bawah 21 Kebangsaan dibawah kelolaan Persatuan Badminton Pahang melibatkan saingan lima kategori ; perseorangan, beregu lelaki, wanita dan campuran.