MEREKA (Selangor FC) ada pemain lokal dan kuota import yang lebih berbanding kita.

Itu penjelasan diberikan pengendali Negeri Sembilan FC, K Devan selepas akur skuad kendaliannya tersingkir kepada Selangor FC di peringkat suku akhir Piala FA pada Sabtu malam.

Penguasaan pemain Gergasi Merah jelas sukar ditandingi dengan kualiti hantaran dan serangan yang mengancam ke kubu tuan rumah untuk tewas 1-3 di Paroi.

“Kalau saya ada import macam Herold Goulon yang bermain kita ada kelebihan di bahagian pertahanan dan Safuwan Baharudin mungkin boleh diletakkan posisi di bahagian tengah.

“Jadi, kita tiada kelebihan itu, berapa lama anda boleh bertahan ? ,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Negeri Sembilan hanya beraksi dengan dua pemain import pada aksi suku akhir Piala FA 2023 di Paroi, malam tadi.

 

Pun begitu, jurulatih berpengalaman berusia 62 tahun itu tetap puas hati para pemain dapat mempertahankan benteng sebelum bolos jaringan kedua Selangor.

“Sedikit kesilapan dan mereka jaringkan gol kedua. Kita terpaksa membuka permainan dan ini adalah peringkat kalah mati.. buat apa kami bertahan lagi.

“Dari situ, Selangor ada peluang jarinkan gol ketiga. Kita kalah dan cuba bermain terbaik tetapi akui lawan adalah pasukan lebih baik,” katanya.