PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel kesal kerana para pemain gagal mencatat kemenangan dalam kunjungan ke Stamford Bridge, kalah 1-0 kepada Everton pada Ahad.
Apa tidaknya, Chelsea mendominasi permainan dengan penguasaan bola 78 peratus serta agresif dan menciptakan 17 percubaan (5 on target) berbanding 9 percubaan (4 on target) Everton.
Keputusan negatif ini memberikan kekalahan kedua The Blues dalam empat penampilan terakhirnya dan hanya sekali mencatatkan kemenangan.
“Kami bolos di minit pertama babak kedua sehingga situasinya menjadi sukar. Cara kami ‘menghadiahkan’ golnya tidak patut.
“Kalau kami terus memberikan gol maka kami mendapat keputusan seperti ini lagi.
“Kami benci kalah. Kami bertanggungjawab untuk itu dan payah untuk mencipta clean sheet berturut-turut. Kami pamer aksi ini, dan inilah sebab mengapa kami kalah pada hari ini,” kata Tuchel kepada Metro
Dia juga mahu kesilapan yang dilakukan pemain tidak lagi berulang sambil menuntut Mason Mount memperbaiki prestasi pada penghujung baki perlawanan musim ini.
Pada pertemuan di Goodison Park, kedua pasukan terikat tanpa jaringan di babak pertama. Namun, Everton memecah kebuntuan menerusi jaringan Richarlison yang bijak memanfaatkan kesilapan Cesar Azpilicueta yang terlalu lama menahan bola.