KETUA Jurulatih PJ City, P. Maniam tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak-anak buahnya meskipun tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2022 selepas tewas 6-0 secara aggregat kepada Johor Darul Ta’zim.
Maniam berkata para pemainnya sedar mereka tidak mampu untuk menang 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim namun permainan pasukannya lebih baik jika dibandingkan ketika perlawanan pertama di Petaling Jaya.
Dia juga gembira kerana berjaya memberikan peluang kepada pemainnya untuk beraksi di Piala Malaysia dan tidak sabar untuk bersaing pada musim hadapan meskipun masa depan kelab itu masih menjadi tanda tanya.
Full-time score:
Johor Darul Ta'zim FC 2-0 PJ City FC
4' Bergson
73'ForestieriAggregate Score : Johor Darul Ta'zim FC 6-0 PJ City FC
#YakiniLokal #ThePhoenix #QNET pic.twitter.com/NKSCcgOsWw— PJ City FC (@pjcityfc) October 31, 2022
“Pemain sedar mereka tidak boleh menang 5-0 di Iskandar Puteri dan jika berjaya menang 1-0 pun dikira sebagai pencapaian yang baik tetapi kami gagal namun bagi saya kita boleh nampak pemain tunjuk permainan yang menarik dengan berjaya mengawal bola lebih baik.
“Jika kita bandingkan perlawanan pertama dan kedua, kita boleh nampak PJ City bermain lebih aggresif dan berjaya menang pertarungan satu lawan satu. Kita juga boleh nampak pemain menunjukkan permainan yang bagus meskipun kami sekali lagi melepaskan gol awal.
“Kami memberi peluang buat semua pemain untuk bermain di Piala Malaysia dan saya berbangga dengan apa yang ditunjukkan para pemain saya sepanjang musim ini dan kami tidak sabar untuk menghadapi musim hadapan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Maniam turut mengakui dia masih memberikan keutamaan kepada PJ City FC meskipun masih belum ditawarkan kontrak baharu untuk mengendalikan pasukan itu pada tahun 2023.
PJ City FC muncul satu-satunya kelab yang dibarisi semua pemain tempatan dan mereka berjaya membuktikan kemampuan dengan aksi yang menarik dan berharap kelab ini masih kekal bersaing untuk musim hadapan.