PERTAHANAN Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee memberitahu pasukan kebangsaan telah memberikan persembahan terbaik pada aksi bertemu Bahrain pada 11 Jun.

Namun dia tidak menyangkal kegagalan skuad kebangsaan menang bertemu pasukan Bahrain adalah disebabkan kesilapan mudah yang dilakukan beberapa pemain.

Meskipun masih dalam kekecewaan selepas berakhir perlawanan tersebut, tetapi dia ingin melupakan kekalahan tipis tersebut kerana masih berbaki satu perlawanan terakhir dalam saingan kumpulan E bertemu Bangladesh.

 

“Overall saya boleh kata team punya performance semua bagi lebih dari 100 peratus, cuma orang cakap simple-simple punya mistake tu yang membuatkan kita kena dua gol.

So apa-apa pun, yang kami boleh cuba ialah fokus untuk next game bertemu dengan Bangladesh dulu, sebab kita still ada chance lagi kalau nak diikutkan daripada grouping lain apa semua, so harap fans Harimau Malaya dapat still turun ke stadium semasa bertemu Bangladesh nanti, untuk beri sokongan kepada kami.” jelas Khuzaime.

Laluan sukar telah dipilih skuad kebangsaan, maka tiada cara lain selain kemenangan dengan seberapa banyak gol menentang pasukan Bangladesh pada 14 Jun ini sekaligus menjadi aksi terakhir saingan kumpulan ini.