PENGORBANAN harus dilakukan oleh semua pemain bola sepak demi negara.

Menurut penyerang muda negara Muhammad Haqimi Azim Rosli  pengorbanan dalam bola sepak itu merupakan sesuatu benda yang sukar namun semua pemain harus hadapinya.

“Ia sangat sukar bagi pemain-pemain bola sepak di Malaysia.

“Kita nak hadapi kejohanan ini (Piala AFC Bawah-23) di perantauan ketika yang lain masih lagi menyambut perayaan di Malaysia.

Skuad bawah-23 negara memulakan latihan hari pertama di Wisma FAM.

“Nak buat macam mana, ini lah realiti kami, kami pilih jalan ini, kami sanggup buat apa sahaja apa sahaja untuk negara,” katanya ketika satu sidang media di Wisma FAM.

Tersenarai dalam call up skuad kebangsaan sebelum ini, Haqimi dapat peluang untuk mempersiapkan diri dengan berlatih bersama skuad senior selama seminggu sebelum dipanggil untuk skuad B-23.

“Persiapan saya dengan skuad kebangsaan minggu lepas telah memberi saya peluang untuk belajar benda baharu terutama sekali benda yang Coach Kim ajar kepada saya.

Sesi latihan skuad Bawah 23 Tahun negara.

“Kalau ada rezeki saya pergi ke Doha, saya akan guna pakai segala pembelajaran yang saya peroleh bersama skuad senior untuk membantu skuad Bawah-23 Tahun kali ini.

Peluang kesebelasan utama tu terserah kepada coach (Juan Torres Garrido) untuk memilih. Jika terpilih  dalam kesebelasan utama, saya akan berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Skuad negara bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memantapkan skuad sebelum kejohanan Piala AFC bawah-23 bermula pada April di Doha, Qatar.