KELANTAN United FC (KUFC) seharusnya boleh mencipta keputusan seri kerana namun sebaliknya berlaku apabila pemain membenarkan Terengganu FC menjaringkan gol kedua.

Pandangan berkenaan disuarakan ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha setelah menyaksikan anak buahnya tumpas perlawanan pramusim pertama 1-2 kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, pada Sabtu.

Jelas Tomas, jika tidak menang, skuad Sang Kijang Hijau sepatutnya boleh mencipta keputusan seri namun pasukannya menentang kelab yang telah mempunyai skuad lengkap termasuk pemain import dalam latihan dan perlawanan, itulah perbezaan antara skuadnya berbanding pelawat.

“Seperti yang anda lihat, kami bermain dengan pasukan yang sudah mempunyai semua pemain import dalam latihan dan perlawanan. Ia adalah perbezaan utama”.

“Jika tidak menang, skuad Sang Kijang Hijau sepatutnya boleh mencipta keputusan seri kerana jaringan kedua Terengganu sangat tidak boleh diterima setelah anak buahnya membenarkan pemain lawan menjaringkan gol melalui bahagian tengah padang.

 

Kesebelasan utama KUFC yang diturunkan pada aksi menentang TFC.

“Tetapi kami telah bermain dengan sewajarnya mengikut pelan kecergasan dan taktikal kami untuk melihat cara pemain menyerap arahan dalam permainan. Saya berpuas hati dengan kadar kerja dan pertahanan pasukan,” ujarnya dipetik menerusi Facebook KUFC.

Tambah Tomas, perlawanan kedua di Stadium sultan Mizan Zainal Abidin nanti, dia menjangkakan permainan berbeza akan ditampilkan tuan rumah pada aksi tersebut, tambahan pula bakal menerima sokongan padu peminat mereka sendiri.

“Satu lagi peluang yang baik untuk Kelantan United melihat adakah kerja yang kami lakukan dalam latihan memberi impak kepada perlawanan. Yang pastinya, kami akan menggilirkan pemain sekali lagi untuk melihat kesesuaian berganda pada setiap posisi.

“Saya jangka permainan berbeza akan ditampilkan Terengganu dengan sokongan peminat yang ramai, jadi kami juga perlu memperbaiki permainan kami sebelum turun perlawanan itu.

“Apa pun, saya sangat gembira kerana pihak pengurusan telah mengatur dua perlawanan tersebut untuk kami. Ini satu-satunya cara bagaimana untuk pihak kejurulatihan melihat secara maksimum daripada semua pemain sebelum mula menyediakan pasukan dengan sebaik mungkin bagi perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2023,” jelasnya.