BINTANG sensasi Chelsea dan Juara Dunia, N’Golo Kante sekali lagi mengunjungi Restoran Makanan Malaysia di London iaitu Restoran Tuk Din.
Seperti diketahui, Kante sememangnya menggemari juadah Malaysia terutamanya Nasi Lemak berserta lauk ayam masak merah.
Ia dikongsikan pemilik TukdinFlavoursOfMalaysia menerusi di laman Instagram baru-baru ini.
Bagaimanapun, The Blues mendapat khabar buruk mengenai tahap kecederaan Kante. Cedera hamstring Kante cukup serius dan akan memaksanya disisihkan selama beberapa minggu.
Kante tidak bermain penuh semasa Chelsea melayan kunjugan Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris, 14 Ogos lepas.
Pemain antarabangsa Perancis itu dikeluarkan pada minit ke-84.