AKSI Arsenal dan Liverpool diwarnai dengan tumpuan lebih kepada Jordan Henderson. Kapten The Reds dituduh bersikap perkauman kepada pertahanan The Gunners, Gabriel Magalhaes.
Kedua-dua pasukan bersaing sengit di Stadium Emirates, London, pada Ahad yang menyaksikan tuan rumah menang 3-2.
Dalam perlawanan itu, ada ‘drama’ yang membuatkan Henderson ditonjolkan. Kapten pelawat itu dituduh sebagai rasis semasa bertengkar dengan Gabriel.
Dalam masa tambahan, Jordan Henderson dan Gabriel bergaduh. Walaupun tiada sentuhan fizikal, Gabriel, pertahanan Brazil dari Arsenal, kelihatan benar-benar marah sebelum dileraikan.
Alisson’s reaction at the start, Klopp’s at the end… pic.twitter.com/jRCXcPVVgc
— Sam (@Afcsammmm) October 9, 2022
Di media sosial, ramai yang menuduh Henderson sebagai rasis. Dakwaan itu semakin meluas, selepas ada berita FA akan menyiasat insiden antara Henderson dan Gabriel.
Jurucakap FA berkata: “Kami sedar insiden yang berlaku semasa perlawanan Arsenal dan Liverpool. Kami sedang berdialog dengan pegawai perlawanan dan menyemak butiran insiden itu,” katanya dipetik Daily Mail.
Peminat Liverpool sendiri berasa yakin Jordan Henderson tidak mengeluarkan kata-kata perkauman. Ini kerana pemain tengah England itu adalah kapten pasukan dan bukannya jenis pemain yang sering mengutuk kasar.