TUNISIA, Ireland, Maghribi menjadi tiga destinasi skuad karate, kumite negara dalam melakukan persiapan terbaik menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China.

Jurulatih kumite, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy berkata, beliau memilih tiga destinasi itu selepas mengambil kira pelbagai aspek terutamanya cabaranmencabar fizikal pemain yang diperlukan bagi meningkatkan ketahanan atletnya.

“Kita akan menjalani latihan di sini sebelum hujung Ogos, saya sudah merancang skuad negara berlepas ke Tunisia untuk kem latihan selama 10 hari. Kita memilih Tunisia kerana negara ini bagus dan kuat dalam karate.

Tamer Abdelrouf mahu pkarateka negara lebih mantap sebelum ke Sukan Asia Hangzhou 2022.

“Selepas itu, kami akan terus ke Dublin, Ireland untuk menyertai Liga Premier Karate 1 (K1) (8-10 September).

“Tamat kejohanan, kami akan ke Maghribi, untuk satu lagi kem latihan di sana sebelum pulang ke Malaysia kerana kami tidak boleh tiba terlalu awal di Hangzhou.

“Justeru, saya juga telah menguruskan untuk membawa atlet karate Mesir yang kuat menjalani latihan bersama dengan atlet kita,” kata Tamer.

Menurutnya, latihan bersama terutamanya ‘sparring’ bersama karateka Mesir itu akan dijalankan di MSN secara tertutup.

Abdalla Abdelaziz berada di ranking nombor satu dunia bawah 75kg lelaki.

Youssef Badawy dari Mesir, menghuni ranking nombor satu dunia kategori bawah 84kg lelaki.

“Saya tidak mahu atlet terganggu dengan anasir luar, jadi latihan bersama atlet Mesir sangat kritikal buat atlet kita kerana ia adalah latihan terakhir sebelum berlepas ke China… saya mahu mereka fokus hanya kepada latihan.”

Karateka wanita Mesir juga menempatkan diri di kedudukan terbaik dunia, ketika ini.

Antara karateka terbaik dunia dari Mesir ketika ini adalah Abdalla Abdelaziz dalam kumite bawah 75 kilogram (kg) lelaki dan Youssef Badawy B-84kg lelaki yang kini di ranking pertama dunia, selain dua karateka wanita, Reem Ahmed Salama (B-50kg) wanita dan Ahlam Youssef (B-55kg) wanita, berada di ranking kedua dunia.