REAL Madrid mengekalkan jurang lapan mata berbanding pendahulu La Liga, Barcelona selepas meraih kemenangan selesa 4-0 ke tercorot, Elche di Bernabeu.
Berdepan pasukan yang bergelut dengan prestasi, Elche memberi peluang buat Real Madrid, membuat kenyataan jelas terus mengejar Barcelona.
Pasukan yang mendapat jolokan Los Blancos itu mendahului seawal minit kelapan, apabila Marco Asensio mudah mengatasi dua pertahanan Elche sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan Edgar Badia.
Tuan rumah terus memberi tekanan ke atas pasukan yang paling banyak dibolosi musim ini dengan dengan serangan bertali arus hingga memaksa pertahanan pelawat membuat kesilapan dan menghadiahkan sepakan penalti.
Karim Benzema menyudahkannya pada minit ke-31 dan juga masa tambahan babak pertama.
Madrid melengkapkan kemenangan bergaya apabila Luka Modric yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringkan gol keempat pada minit ke-80.
Hasil tiga mata dituai, Madrid kini mengumpul 48 mata selepas 21 perlawanan, ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona. – Agensi