LIMA pasukan tempatan dari sekitar Miri telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Karnival Bola Sepak B20 Miri 2024.

Pasukan itu adalah NFDP, Kotaras City FC, Playmaker Academy, KV Miri City FC, dan LB Comrades.

Karnival ini diadakan sebagai satu sesi pemanas badan sebelum bermulanya kejohanan liga utama bagi belia yang lazimnya dilangsungkan di setiap bahagian.

“Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain muda mempertingkatkan kemahiran serta pengalaman bermain dalam suasana kompetitif.

“Tambahan pula, karnival ini berperanan sebagai platform awal bagi mengetengahkan bakat-bakat muda dalam arena bola sepak sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya yang lebih mencabar,” menurut kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Bahagian Miri (2009).

May be an image of 5 people and text

Karnival Bola Sepak B20 Miri 2024 dijadualkan berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 20 hingga 22 September 2024.

Acara ini akan dilangsungkan di beberapa lokasi strategik di Miri, termasuk Padang Majlis Bandaraya Miri, Padang Kolej Vokasional Miri, dan Padang Kelab Rekreasi Petroliam (KRP), Lutong yang akan berfungsi sebagai venue alternatif jika diperlukan.