SERAMAI 642 atlet dan 190 pegawai daripada empat kategori sukan berjaya dihimpunkan bagi meraikan kejayaan para atlet selepas bertungkus lumus memberikan yang terbaik sepanjang Karnival Sukan Wanita 2023.

Antara sukan yang dipertandingkan oleh pihak Majlis Sukan Negara dalam karnival tersebut seperti bola sepak, bola jaring, hoki dan juga ragbi.

Bagi perlawanan bola sepak, Selangor berjaya menewaskan Johor manakala Pahang kedudukan ketiga.

Bersukan sambil kibar Jalur Gemilang.. Meriah.

Seterusnya, bola jaring yang juga menjadi tumpuan turut menjadikan Selangor sebagai juara manakala Terengganu di tempat kedua dan Pulau Pinang di tempat ketiga.

Manakala bagi sukan hoki, Pulau Pinang merebut pingat juara sejurus menumpaskan Johor fdi final dan Negeri muncul ketiga terbaik.

Bagi sukan ragbi pula, Sabah mengungguli perlawanan sekali gus meletakkan Terengganu B di tempat naib juara dan Kedah A di tempat ketiga.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah bagi Karnival Sukan Wanita 2023 itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

Hannah tidak ketinggalan mengucapkan syabas kepada pihak MSN kerana berjaya menganjurkan Karnival Sukan Wanita buat julung kalinya.

“Hal ini dapat memupuk lagi sikap profesionalisme atlet terutama bagi wanita serta menjadi tumpuan buat peminat-peminat sukan untuk aktif menyokong para atlet tempatan,” katanya.

Kehadiran oleh Tan Sri Dr. Nagulendran Kangayatkarasu selaku Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan juga turut memberi kemeriahan sepanjang kelangsungan majlis di Athlete Centre Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).