PELUMBA Malaysia Kasma Daniel Kasmayuddin sudah bersedia untuk kembali ke Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) buat sementara, untuk menyertai perlumbaan di Itali dan Jerman bagi dua hujung minggu akan datang.

Kasma berkata, dia sepatutnya menggantikan Kohta Nozane di Argentina selepas Pusingan 1 Asia Road Racing Championship namun terlalu singkat untuk urusan visa, dan Kasma terlepas untuk sertai pusingan kedua di Argentina.

Manakala panggilan kali kedua untuk mengantikan Nozane diketahui selepas private test di Sugo, Jepun dalam satu jamuan makan malam.

“Perasaan saya masa tu agak gembira namun rasa ia satu tanggungjawab yang besar selepas dipanggil kali kedua untuk musim ini dan tidak mahu menghampakan permintaan dan peluang dari Yamaha sendiri,” kata Kasma dalam kenyataan di Facebook Tarmac Sports.

Untuk rekod, selepas berhenti dari Moto2, Kasma sertai Yamaha Asean Team pada tahun 2022 hingga sekarang dalam kategori Asia Superbike 1000cc FIM Asia Road Racing dan menggunakan jentera Yamaha YZF-R1M. S

Selain, itu Kasma juga berpengalaman dalam kejohanan FIM CEV.

Sementara itu, Kasma memberitahu akan kekal dengan Yamaha disebabkan layanan baik sepanjang dibawah kontrak Yamaha.

Namun, Kasma bakal terlepas perlumbaan Cub Prix pusingan ke-4 selepas disahkan akan ‘kembali’ kepada pasukan akademi yang pernah diikutinya yang ditaja sepenuhnya oleh Yamaha.