MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) yang bakal berlangsung pada hujung Disember depan.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Musim lalu, ABK22 diadakan secara virtual menyaksikan sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan membabitkan semua pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Piala Malaysia.

Musim ini, MFL memperkenalkan Piala MFL bagi menggantikan Liga Premier serta mengadakan semula pertandingan MFL Challenge Cup yang kali terakhir dianjurkan pada edisi kedua 2019.

May be an image of 10 people and text

Kali ini MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang bakal menyaksikan persaingan lebih menarik dengan kategori baharu menjadikan keseluruhan 16 kategori dipertandingkan.

Sudah pasti tumpuan peminat bola sepak tempatan adalah debaran untuk mengetahui siapakah individu yang bakal dijulang sebagai pemenang selepas mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang saingan Liga Malaysia 2023 berlangsung.

Berikut adalah senarai 16 kategori anugerah yang dipertandingkan;

1. Anugerah Fair Play
2. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Piala MFL
3. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super
4. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Liga Super
5. FAN XI
6. Penjaga Gol Terbaik
7. Pertahanan Terbaik
8. Pemain Tengah Terbaik
9. Penyerang Terbaik
10. Pemain Import Terbaik
11. Pemain Muda Terbaik
12. Pemain Terbaik Piala MFL
13. Jurulatih Terbaik
14. Pasukan Terbaik
15. Gol Terbaik Liga Malaysia 2023
16. Most Valuable Player (MVP)

May be an image of 10 people and text

Musim ini terdapat penambahan dua kategori iaitu Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL di mana pertandingan Piala MFL ini julung kali diadakan pada tahun ini membabitkan pasukan-pasukan bawah 23 tahun.

Seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori. Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.