SEBANYAK 43 Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terlibat dalam program Senamrobik Komuniti yang dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Inisiatif KBS itu bertujuan memastikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat dan ianya dianjurkan secara percuma menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Sebanyak RM430,000 diperuntukkan bagi 43 kawasan untuk tempoh setahun.

Menurut menterinya, Hannah Yeoh berkata, segala kos penganjuran program itu ditanggung KBS.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika melancarkan Program Senamrobik Kominuti di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras. |Foto KBS

“Kejayaan program ini sangat bergantung kepada persatuan penduduk dan rukun tetangga dan juga Ahli Parlimen masing-masing untuk memastikan program ini dapat berjalan setiap minggu.

“Saya harap warga emas khususnya boleh mempunyai gaya hidup sihat. Kalau kita lihat ‘trainer’ yang bersama dengan kami ini mempunyai pengetahuan meluas mengenai senamrobik dan kita pastikan ia sesuai untuk semua lapisan umur. Tak kira kanak-kanak ataupun warga emas,” katanya selepas melancarkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini.

Antara peserta Program SEnamrobik Komuniti yang mewngambil bahagian. |Foto KBS

Bagi memastikan semua PPR dan PA mengambil bahagian, Hannah membuat tawaran dengan menawarkan hadiah RM20,000 kepada persatuan penduduk yang aktif.

Selain senamrobik, pelbagai aktviti melibatkan masyarakat turut dianjurkan. |Foto KBS

Antara objektif Program Senamrobik Komuniti bertujuan untuk menyemai pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan selain memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta serta pembabitan NGO belia, Sukan dan Gabungan Majlis Persatuan Penduduk.

Program akan diadakan secara mingguan (hujung minggu) di setiap 43 buah PPR/PA di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula pada bulan ini sehingga Disember 2024 dengan pengisian 44 buah siri senamrobik secara percuma di lokasi berkenaan.