FOTO : KDA FC

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC akan ke Antalya, Turkiye bagi jelajah pramusim 2023 bermula 6 hingga 14 Februari 2023.

Pemilik majoriti kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, skuad Sang Kenari akan bertemu empat kelab yang beraksi di Uzbekistan Premier League, Kazakhstan Premier League dan Ukrainian Premier League bagi perlawanan persahabatan selama 10 hari di sana.

Jelasnya, anak buah Nafuzi Zain akan memanfaatkan pengalaman bermain di Turkiye sebaik mungkin sebagai persediaan sebelum bermulanya aksi Liga Super 2023.

“Julung-julung kali kita bermain di Eropah. Kita nak mulakan era baharu dengan menjejakkan kaki ke bumi Eropah dan juga mendapat oksigen Eropah.

“Cuaca yang sejuk supaya pemain kita mendapat satu sentuhan inspirasi yang tinggi bermain dengan pasukan dan dalam suasana  yang kompetitif,” kata Mohd Daud semasa sidang media jelajah pramusim di Alor Setar pada Ahad.

 

Berikut adalah jadual perlawanan:

9 Feb : FC Nasaf
10 Feb : FC Shakhter Karaganda
12 Feb : FK Maqtaraal
14 Feb : FC Metalist Kharkiv