KEDAH Darul Aman FC (KDA FC), yang baru sahaja mara ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Bukit Tambun FC 5-0 di Stadium Darul Aman, kini menerima sokongan tambahan daripada rakan rasmi baharu kedai serbanekanya, Xpress Point.
Perjanjian tajaan bernilai RM100,000 ini diharap dapat memberi semangat dan dorongan kepada pasukan Sang Kenari untuk terus cemerlang dalam musim 2024/25.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Pengarah HYL Marketing Sdn. Bhd. (Xpress Point), Saw Mei Yee, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin di bilik sidang media Stadium Darul Aman, Alor Setar.
“Pihak kami amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan KDA FC. Nantikan promosi-promosi serta program-program kami khas kepada peminat KDA FC .
Sebahagian daripada perjanjian tajaan ini termasuk penganjuran aktiviti bersama antara pasukan KDA FC dan penyokong mereka, projek usahasama, serta diskaun produk untuk ahli Kepak Kenari atau pemegang pas bermusim di semua cawangan Xpress Point.
KDA FC mengucapkan terima kasih kepada Xpress Point atas sokongan mereka dan berharap dapat mengharungi cabaran bersama dalam musim yang akan datang.