KEMENANGAN Terengganu FC ke atas Kelantan FC pada aksi suku akhir Piala FA 2023 terpaksa dibayar dengan harga yang agak mahal apabila salah seorang penjaring, Syafik Ismail mengalami kecederaan.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu yang dipanggil ‘Kacang’ mengerang kesakitan di bahagian lutut pada Sabtu telah disahkan mengalami kecederaan ACL (Completed Tear).

Berita buruk, Syafik dijangka terlepas untuk beraksi bagi kesemua pertandingan pada musim ini bersama pasukan Sang Penyu.

Tinjauan di Facebook Terengganu FC dapati rata-rata peminat setia negeri itu terkejut dan saling mendoakan agar Syafik segera sembuh.

Arebu Ali menulis : “Allahurabbi… Bukan rezeki dia untuk main Piala AFC tahun ini.”

“Dah agak dah ACL. Cara dia kena semalam tu memang sah ACL. Comeback stronger kacang. Xdok (Tiada) dah supersub. Adjust Atiq wak naik (bagi main),” kata Faiz Faisal Fauzi.

Syafik sempat menjaringkan gol ketika menewaskan Kelantan aksi suku akhir Piala FA di Gong Badak, pada Sabtu.

Kami di FLASH SUKAN berharap semoga Syafik kuatkan semangat untuk kembali sembuh dan menyeru semua peminat bola sepak tempatan bersama-sama menitipkan kata-kata semangat dan doa untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN : Jordan Mintah puas lihat Syafik Ismail jaringkan gol