KEDAH Darul Aman FC (KDAFC) bakal mendapatkan tiga lagi pemain import dari Amerika Selatan, Benua Afrika dan Eropah.

Sebelum ini skuad yang dibimbing pengendali baharu Nafuzi Zain itu telah mengikat Emanuel Ott (Filipina) dan Amirbek Jurabaev (Tajikistan)

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif KDAFC, Khamal Idris Ali  tidak dapat memberi nama baki tiga pemain importnya setelah mendapatkan khidmat OTT dan Amrbek kerana urusan untuk mereka menyertai Kedah masih berlangsung.

“Ketika ini apa yang saya mampu memberitahu ialah seorang pemain dari Benua Afrika, seorang lagi dari Benua Amerika Selatan dan yang ketiga dari Benua Eropah.

“Ott dan Amirbek sudah menanda tangani kontrak untuk beraksi bersama kita bagi muism 2023 dan baki tiga pemain akan menyelesaikannya secepat mungkin.

Khamal Idris Ali

“Saya yakin ketika latihan untuk menyediakan barisan pemain Kedah bagi mengharungi musim 2023 akan bermula pada 2 Januari ini termasuk dua pemain import yang an dan barisan pemain tempatan yang bakal beraksi bersama kita musim depan pasukan akan memulakan latihan mereka,” kata Khamal.

Menurutnya, KDAFC akan berusaha untuk memastikan kesemua pemain importnya mampu memulakan latihan mereka pada minggu pertama Januari 2023.

“Baki tiga pemain import kita adalah muka muka baru yang akan beraksi pada Liga Malaysia buat perma kali dan kesemua mereka adalah pilihan yang di muktamatkan oleh ketua jurulatih Nafuzi Zain.

“Media KDAFC akan memberitahu nama baki tiga pemain import kita dalam sesawang FB mereka dan saya tidak dapat memberitahu nama nama mereka di sini jadi sabarlah buat seketika semua pemain setia Pasukan Hijau Kuning.

“Musim ini pemilihan semua pemain Kedah di lakukan oleh Nafuzi dan tidak ada pegawai lain masuk campur dalam urusan pemilihan pemain bagi musim 2023,” kata Khamal.

Foto: KDAFC