SKUAD Harimau Malaya mengalami satu lagi kegagalan dalam percubaan untuk melayakkan diri ke peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Kegagalan ini membawa beberapa kerugian besar yang memberi kesan mendalam kepada perkembangan bola sepak Malaysia.

Kegagalan ini menyebabkan Harimau Malaya kehilangan peluang untuk bermain menentang pasukan-pasukan besar selama lapan bulan akan datang untuk peringkat seterusnya.

Ini adalah satu kerugian besar dari segi pengalaman dan pendedahan dan juga ranking FIFA.

Penulis melihat pertandingan menentang pasukan-pasukan ternama dan ranking lebih bagus sangat penting untuk mengukur kemampuan sebenar pasukan kita dan membolehkan pemain belajar dari lawan yang lebih berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Tanpa peluang ini, perkembangan pemain dan strategi pasukan akan terjejas.

May be an image of 5 people, people playing football, people playing American football and text

Tiada rezeki Harimau Malaya melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026.

Dari perspektif kewangan, ia memberi tamparan hebat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jika Harimau Malaya berjaya melangkah ke pusingan ketiga, FAM boleh mengharapkan pendapatan sekitar RM25 juta dari geran FIFA dan AFC dan akan meningkatkan kutipan penonton dan penaja, yang semestinya akan memeriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tanpa kelayakan ini, FAM kehilangan peluang besar untuk menjana pendapatan yang sangat diperlukan untuk pembangunan bola sepak di negara ini.

FAM perlu segera mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan ini dan memastikan pasukan kebangsaan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.

Sebelum aksi penting menentang Taiwan di halaman lawan November tahun lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, telah bertemu dengan pemain seorang demi seorang di hotel penginapan pemain.

May be an image of 7 people, sport equipment and text

Hamidin dan Pan-gon berjaya memacu pasukan bola sepak Malaysia ke aras lebih baik berbanding sebelum ini.

Beliau bercakap dari hati ke hati, menekankan betapa pentingnya kelayakan Piala Dunia dan pencapaian kita yang telah sampai ke tahap ini. Namun, usaha dan motivasi ini tidak cukup untuk membawa kita ke pusingan seterusnya.

Kehilangan pemain-pemain utama seperti Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi jelas terasa. Percubaan jurulatih Kim Pan-gon untuk mengetengahkan pemain muda dalam dua perlawanan terakhir menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei memberikan satu pembuka mata. Mungkin ini masa yang tepat untuk mencuba pemain-pemain muda secara konsisten.

Akan tetapi tidak mencukupi dan kita rugi terlepas beraksi ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi secara automatik dan perlu mengharungi peringkat kelayakan pada April tahun depan. Paling menyedihkan, negara jiran kita Indonesia menjadi wakil tunggal Asia yang layak ke pusingan ketiga Piala Dunia. Ini menambahkan lagi cabaran buat kita.

Tetapi, ia bukan tugas mudah kerana hanya juara kumpulan akan meraih slot dan skuad negara perlu bermain home dan away, dan tidak tahu lagi siapakah lawan akan ditentang, mungkin menghadapi pasukan-pasukan liat Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan Filipina.

May be an image of 7 people, people playing American football, people playing football and text

Staf kejurulatihan kekal komited membentuk generasi Harimau Malaya yang lebih garang selepas ini.

Justeru itu, FAM perlu lebih proaktif. Jangan hanya mengharapkan presiden sahaja untuk memikul tanggungjawab dalam semua perkara.

Hanya segelintir Exco yang hadir untuk ‘menjenguk’ latihan Harimau Malaysia, dan segelintir hanya ‘sibuk’ semasa hari perlawanan.

Exco FAM juga harus tampil dengan idea-idea bernas untuk memperbaiki keadaan.

Mungkin sudah tiba masa untuk perubahan dan pertukaran dalam kepimpinan FAM bagi Exco tertentu dalam pemilihan tahun depan untuk membawa nafas baru dan strategi lebih baik demi masa depan bola sepak negara.

Ini harus berlaku.

Kepada semua penyokong Harimau Malaya, terima kasih kerana terus bersama dalam suka dan duka. Semangat kalian adalah inspirasi kepada pasukan untuk terus berjuang dan memperbaiki kelemahan demi kejayaan di masa hadapan.