KEGEMILANGAN dan kejayaan benua menjadi taruhan apabila peringkat kumpulan Piala AFC 2022 memulakan saingan pada Rabu, 18 Mei 2022.

Diadakan di beberapa venue berpusat, peringkat kumpulan Zon Selatan dan Zon Barat akan memulakan edisi 2022 dengan Zon Asia dan ASEAN akan menyusul pada 24 hingga 30 Jun nanti.

Piala AFC 2022 akan memperlihatkan 38 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 10 kumpulan yang akan bersaing untuk merebut piala berprestij ini pada final yang dijadualkan pada 22 Oktober 2022.

 

Aksi peringkat kumpulan akan bermula di Kolkata, di mana kelab tuan rumah dan pencabar Kumpulan D, ATK Mohun Bagan FC akan berhadapan will Gokulam Kerala FC di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krir sebelum wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation akan bertemu juara Liga Premier Bangladesh, Bashundhara Kings di venue yang sama.

 

Zon Barat pula yang secara tradisionalnya diwakili pasukan yang kuat menyaksikan Kumpulan A yang berpusat di Muscat akan memulakan saingan dengan Kelab Al Seeb akan bertemu kelab Jableh dari Syria sebelum wakil Lubnan, Al Ansar menentang Kuwait SC.

Sementara itu, Kumpulan B yang berpusat di Kuwait City, akan menemukan tuan rumah, Arabi SC dengan kelab Bahrian, Al Riffa di Stadium Kuwait Sports Club sebelum Shabab Al Khalil dari Palestin akan berhadapan kelab Dhofar dari Oman.

Kumpulan C pula yang berpusat di Bahrain, akan menyaksikan perlawanan menarik di antara will kelab Tishreen dari Syria dan kelab Palestin Hilal Alquds di Stadium Al Muharraq dan tuan rumah, East Riffa akan turun menentang wakil Lubnan, Nejmeh SC.

Dushanbe dan Bishkek akan menjadi tuan rumah kepada Kumpulan E dan F apabila Zon Tengah memulakan aksi pada 24 Jun manakala Bali United FC, Kuala Lumpur City FC dan Viettel FC akan mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah bagi Zon ASEAN dan Zon Asia Timur akan dianjurkan di Buriram, Thailand.

Selain dari kejayaan benua, hadiah wang tunai yang lumayan juga ditawarkan untuk pemenang Piala AFC kali ini. Juara akan menerima USD1.5juta manakala naib juara bakal membawa pulang USD750,000.

Sejak dilangsungkan pertama kali pada 2004, Piala AFC telah memberikan akses kepada pertandingan tahap tinggi untuk kelab dari seluruh benua dan seringkali memberikan penyokong aksi yang mendebarkan. Kelab dari tujuh negara pernah menjulang piala ini sejak 2010.