IMPIAN skuad Malaysia pasukan 7 sebelah untuk mara ke final Asia 7s Football Championship 2024 lebur selepas tewas 3-0 kepada Jepun dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di EV Arena, Elmina, Sabtu.

Walaupun memberi saingan sengit di awal perlawanan, Jepun membuktikan keunggulan mereka sebagai juara bertahan dengan serangan yang sukar dihalang.

Perlawanan bermula dengan pantas apabila Jepun berjaya memecah kebuntuan seawal minit pertama, memberikan tekanan awal kepada Malaysia. Skuad negara cuba mendominasi permainan selepas gol awal tersebut, dengan memasukkan Manaf untuk memperkuatkan bahagian serangan.

Malaysia melancarkan beberapa serangan balas, namun gagal memecahkan kekebalan benteng pertahanan Jepun.

Harimau Malaya 7s cuba untuk bangkit pada separuh masa keuda perlawan dengan memasukkan pemain berpengalaman negara, Indra Putra

Detik cemas hadir di minit ke-15 apabila Navin menjatuhkan pemain Jepun di luar kotak penalti, tetapi rembatan dari sepakan percuma tersebut sekadar terkena palang. Jepun terus memberi tekanan dengan menguasai bola melalui skil individu yang sukar ditandingi pemain Malaysia, manakala skuad negara cuba menyerap serangan demi serangan.

Walaupun Ameer Saidin berjaya mematahkan serangan balas Jepun, Malaysia kelihatan hilang rentak permainan, dan peluang menerusi sepakan penjuru oleh Kishshaen gagal disempurnakan.

Sebaliknya, Jepun menggandakan usaha mereka dengan gol kedua pada minit ke-24 menerusi pemain no. 8 mereka.

Pada separuh masa kedua, Malaysia cuba bangkit dengan beberapa percubaan berbahaya, termasuk rembatan Razman yang tersasar dan cubaan Indra dari sepakan percuma yang hanya melewati palang.

Namun, pasukan Jepun kekal tenang mengawal bola dan memanfaatkan peluang serangan balas mereka dengan baik. Walaupun Malaysia cuba menekan di penghujung perlawanan, hujan lebat dan padang licin menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan.

Jepun mengesahkan tempat mereka di final untuk kali kedua berturut-turut selepas menjadi juara pada kehojanan tahun lalu.

Jepun mengesahkan tempat mereka ke final selepas menjaringkan gol ketiga di masa tambahan, sekali gus menutup peluang Malaysia untuk melakukan kebangkitan. Jepun akan bertemu sama ada Filipina atau Hong Kong di perlawanan akhir yang dijadualkan 8:30 malam, Ahad.