SKUAD ragbi negara menelan kekalahan ngeri di tangan Hong Kong dengan keputusan akhir 6-70 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Sabtu.

Kejohanan Ragbi Asia Lelaki ke-35 tahun ini menampilkan empat pasukan iaitu Hong Kong China, Korea, Malaysia, dan Emiriah Arab Bersatu yang baru dinaikkan pangkat bersaing untuk merebut gelaran Juara Asia.

Saingan ini diadakan di empat lokasi ikonik dari 1 Jun hingga 22 Jun, dengan setiap perlawanan menjanjikan persaingan sengit dan aksi ragbi bertaraf tinggi.

Sebelum ini, Malaysia juga mengalami kekalahan di tangan Korea Selatan dengan keputusan 5-55.

Kekalahan ini semestinya menjadi cabaran besar buat skuad negara, namun semangat dan usaha gigih mereka tetap dikagumi.

Peminat ragbi di seluruh negara diharap terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan dalam usaha mereka untuk memperbaiki prestasi pada perlawanan akan datang.