SERAMAI 400 pekerja institusi kewangan utama Malaysia, menyertai edisi kelima Kejohanan Badminton CTOS Antara Insititusi-Institusi Kewangan 2023, yang berlangsung selama dua hari di Arena Sukan, Kuala Lumpur.

Penyertaan itu membabitkan 27 institusi kewangan utama dan bank digital, sekali gus menjadikan pertandingan muhibah itu semakin diterima sejak mula dianjurkan pada 2017.

Lari dari tugas kewangan seketika, kejohanan anjuran CTOS ini berjaya menyatukan para profesional kewangan, dan menyatukan mereka di bawah platform sukan badminton.

Acara bertujuan menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan sihat melalui sukan dalam kalangan kprofesional korporat ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan antara sektor kewangan Malaysia.

Kejohanan itu berlangsung meriah dengan kehadiran penyokong pasukan masing-masing, namun sama sekali tidak mengabaikan semangat kesukanan.

Meskipun berlangsung pada hari minggu, pemain dan penykong tetap hadir ke SkyArena menghidupkan suasana karnival.