LEE Zii Jia mempamerkan satu lagi aksi cemerlang untuk menempah tempat dalam perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2023 Copenhagen pada awal pagi tadi.
Pemain nombor 13 dunia itu menewaskan pemain nombor 27 dunia Brian Yang dari Kanada 21-11, 21-16 di pusingan kedua.
Zii Jia, yang mara ke suku akhir pada edisi 2021 di Sepanyol, akan menentang Anders Antonsen dari Denmark.
Untuk rekod, tiada pemain perseorangan lelaki Malaysia melepasi peringkat lapan terakhir sejak Liew Daren pada 2018. Daren kini merupakan penolong jurulatih Zii Jia.
RESULTS: #BWFWorldChampionships2023
R32#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia def. #CAN Brian Yang 21-11 21-16
📷 @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/7ylnmxAtP9— BAM (@BA_Malaysia) August 23, 2023