HASRAT skuad remaja negara untuk beraksi di pentas akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2023 tidak kesampaian apabila dikecewakan oleh pasukan China 0-3 pada aksi separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Spokane, Amerika Syarikat hari ini.
Perlawanan yang bermula dengan beregu campuran, Low Han Chen-Chan Wen Tse telah memberi mata pertama buat China setelah telah tewas straight set kepada pasangan Liao Pin Yi-Zhang Jia Han 11-21, 16-21.
Perseorangan lelaki yang diharap untuk menyamakan kedudukan mata juga tidak dapat memberi saingan kepada China apabila Eogene Ewe tumpas dengan saingannya Hu Zhe Han 17-21, 14-21.
Perjuangan skuad remaja negara telah berakhir di aksi separuh akhir apabila perseorangan wanita, Siti Zulaikha Azmi juga telah kalah tipis kepada Xu Wen Jing 17-21, 18-21 sekaligus memberikan tiga mata buat China.
Dengan usaha yang sedemikian, kategori pasukan campuran Malaysia kini berjaya meraih pingat gangsa dan pertarungan selepas ini bakal diteruskan dengan kategori individu pula yang beraksi di kejohanan tersebut.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan tersebut dalam acara berpasukan campuran adalah pada tahun 2017 dengan pungutan pingat perak dan tahun ini berjaya mencipta sejarah kembali dengan meraih pingat gangsa.