LEBIH 80 peserta golfer amatur Malaysia telah menyemarakkan kempen tahun baharu Leisuremania Golf yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Leisuremania Golf yang mula berdiri sejak 2014 di Indonesia, berhasil menarik perhatian golfer amatur Malaysia yang mencari pengalaman baru dan tentangan golfer-golfer lain yang berada di Indonesia.
Selain itu, kejohanan golf berkonsepkan pelancongan ini turut menyediakan pakej empat hari tiga malam yang menarik, dengan perlawanan yang berlangsung di tiga padang golf berbeza di Jakarta.
Hari pertama telah berlangsung di Kelab Golf Imperial, diikuti hari kedua di Kelab Golf Gunung Guelis dan kejohanan berakhir di Kelab Golf Sedayu Indo di Pantai Indah Kapuk, Jakarta.
Ketua Pegawai Eksekutif LGS, Steven Leow, menyatakan bahawa pemilihan Kelab Golf Sedayu Indo sebagai lapangan pada hari ketiga memberikan pengalaman unik dan cabaran baru dalam bermain golf, dengan 18 lubang adalah berdekatan laut.
Sebagai rekod, Othman Hitam berjaya dinobatkan sebagai juara setelah mengungguli Bakar Abd Rahman yang menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga pula disusuli oleh Mohd Saidin Mohd Said, diikuti oleh Suhaimi Othman di tempat keempat.
Pemenang tiga cabutan bertuah utama, Mohd Sabri Jusoh, Mohd Adnan Dollah, dan Sharul Azhar, mendapatkan hadiah menarik termasuk tiket penerbangan dan pakej golf empat hari tiga malam di Jakarta.
Tidak dilupakan, kerjasama antara Malaysia Airlines, Leisure Golf Services (LGS), dan Komuniti Golf Melayu Malaysia (KGMM) menandakan kolaborasi terbaik untuk memastikan kesinambungan kejohanan yang akan datang.