MIRI FA Bawah 20 (B-20) mara ke pentas akhir selepas menundukkan Kuching FA 2-0 aksi separuh akhir Kejohanan Liga Bolasepak SSC-FAS B-20 2022 di Stadium Negeri Kuching pada Khamis.
Bagaimanapun, perlawanan penuh bertenaga itu berakhir tanpa jaringan di babak pertama. Gol hanya hadir pada 45 minit berikutnya menerusi jaringan pemain Miri oleh Mohd Danial Amirul 53′ dan Amierul Safwan Hasdi 82′.
Jurulatihnya, Mohd Hakimi Man bersyukur kerana anak buahnya mencipta sensasi meskipun berdepan onak dan duri sepanjang kejohanan berlangsung.
“Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Terlalu banyak pengorbanan untuk mengecapi detik ini,” katanya selepas perlawanan.
The Young Seahorse akan bertemu Serian FA dalam perhitungan juara yang menyingkirkan cabaran kelab dari Indonesia, PSSI Kalbar menerusi penentuan sepakan penalti 4-2.
ARTIKEL BERKAITAN : Kejohanan Liga Bolasepak SSC-FAS B-20 2022 : Pemain Miri FA ‘layan’ wayang Rempit-2 sebelum hadapi aksi separuh akhir