TIADA masalah besar buat skuad badminton remaja negara di Kejohanan Remaja Dunia apabila mencapai kemenangan pertama saingan Berpasukan Campuran pada Isnin.

Jaguh perseorangan remaja lelaki, Justin Hoh memulakan rentak kemenangan ketika berdepan Sweden  apabila mengatasi Eric Ramstedt 21-10, 21-10, sebelum Siti Nurshuhaini Azman menjadikan kedudukan 2-0 selepas mudah menundukkan Khushi Harakamani, 21-12, 21-12.

Selepas itu giliran gandingan Muhamad Fazriq Razif-Wong Vin Sean menghadiahkan mata ketiga, apabila menang ke ats Victor Morkskogen-Daniel Strom 21-12, 21-19.

Begitupun, hanya beregu Wanita dan beregu campuran dipaksa beraksi tiga set. Ong Xin Yee-Carmen Tingmengatasi Elin Ohling-Elin Ryberg 21-18, 17-21, 21-16, manakala Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie menang ke atas Mio Molin-Sofia Stromvall 21-16, 21-23, 21-15.

Skuad negara akan turun menentang Latvia yang tewas 0-5 kepada Indonesia.