MUHAMMAD Azeem Mohd Fahmi terus cemerlang di bumi Amerika Syarikat apabila membaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan di Kejohanan Tiger Paw, pagi Sabtu tadi.

Atlet berusia 18 tahun mewakili Universiti Auburn mencatat masa 6.62 saat (s) pada final untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima, dibelakang Alex Lang dari NC State yang berada di kedudukan keempat dengan catatan 6.61s.

Catatan larian Azeem pada saringan 60m Kejohanan Tiger Paw.

Catatan masa Azeem pada separuh akhir Kejohanan Tiger Paw.

Rekod baharu kebangsaan dicatatkan Azeem dalam acara 60m dalam dewan, dilakukan pada final Kejohanan Tiger Paw.

Perlumbaan itu dimenangi Trayvon Bromell dari pasukan New Balance dengan masa 6.42s, dikuti Marcellus Moore (Texas) 6.56s dan Sterling Warner-Savage (Louisville) 6.59s.

Azeem yang merakam rekod kebangsaan baharu 6.63s di Texas Tech Open Januari lalu, mencatat masa 6.65s pada saringan sebelum mengekalkan kelajuan sama di separuh akhir.

Di separuh akhir Texas Tech Open Januari lalu, Azeem mengatasi rekod milik Watson Nyambek yang berusia 24 tahun, 6.66s yang dilakukan legenda itu pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Auburn Track & Field menerusi laman Twitter rasminya membuat ciapan “PR for Azeem Fahmi in the men’s 60m final to finish 5th.”

Sementara itu, Azeem menerusi akaun Twitter peribadinya azeemfahmi, membuat ciapan: “Alhamdulillah great week with great people and grateful for another record championship season soon!”

Artikel Berkaitan:

Azeem Fahmi cipta rekod baharu 6.63 saat!