PENYERANG Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor menegaskan kekalahan berturut-turut yang dialami mereka dalam saingan Liga Super 2024-25 bukanlah tanggungjawab seorang individu sahaja.

Sebaliknya, dia menekankan bahawa seluruh pasukan perlu memikul tanggungjawab bersama atas keputusan yang dicapai.

“Jika nama sudah pasukan, sudah tentu semua yang berada dalam pasukan perlu mengambil tanggungjawab ini. Ya, kami kalah, tapi bukan hanya kritikan yang kami inginkan, sebaliknya kami perlukan motivasi!” ujarnya yang bersama The Bos Gaurus sejak musim 2022.

Bekas pemain FC Ryukyu di Liga Jepun turut meminta maaf kepada para penyokong atas kekalahan yang dialami tetapi menekankan betapa pentingnya sokongan tanpa henti daripada mereka.

May be an image of ‎3 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎VZAI XOX|fora.Foblo X X Xox|f fPerakFootballCub rak FootballClub @perakfcorficial ل perakfcofficial TBG TN @pealattX@pee V @perakfcofficial @perakfcofficial‎"‎‎

Wan Zack Haikal masih berbisa apabila berjaya menyumbat gol kedua untuk Perak FC semasa aksi Liga Super di Ipoh.

“Maafkan kami dengan kekalahan berturut-turut ini. Kami perlukan anda semua untuk berikan kami sokongan tanpa henti dan berhenti menunding jari kepada sesiapa dalam pasukan,” katanya yang meledak gol kedua untuk Perak FC ketika pasukannya kecundang 2-3 kepada PDRM FC di Ipoh pada Sabtu.

Menerusi sidang media selepas perlawanan, Yusri Che Lah akui kecewa dengan dua keputusan yang diperoleh Perak dalam dua aksi diharungi dan dirinya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini serta tidak menyalahkan mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN : Yusri pikul tanggungjawab kekalahan berganda Perak FC

Sementara itu, dalam nada penuh harapan, Wan Zack Haikal berjanji Perak akan bangkit dari kekalahan ini.

“Kami sebagai pasukan Perak FC bertanggungjawab untuk kekalahan ini dan kami janji untuk bangkit. Doakan kami untuk bangkit di perlawanan seterusnya,” ujarnya yang dilahirkan di Maran, Pahang.

Kedah Darul Aman FC bakal menjadi lawan terbaharu menanti anak buah Yusri dalam satu lagi pertembungan yang dijangka menarik dan sukar di Alor Setar pada Jumaat.

Status dimuatnaik Wan Zack Haikal di instastory peribadi.

Perak sebelum ini tewas 1-3 di tangan Terengganu FC dalam aksi sulung saingan sama pada Sabtu lepas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Kini, para penyokong diharap akan terus memberikan sokongan moral dan semangat yang diperlukan oleh pasukan untuk mengembalikan keyakinan dan prestasi terbaik mereka di atas padang.