MOUSA Al-Tamari menjaringkan gol solo yang cemerlang ketika menentang Korea Selatan untuk membantu menghantar Jordan ke final Piala Asia buat pertama kalinya pada Selasa.
Kini, pemain sayap itu telah dipantau oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool.
Dengan Jepun pimpinan Wataru Endo tersingkir pada peringkat suku akhir, Liverpool tidak lagi mempunyai wakil pemain dalam kejohanan benua itu, yang sedang berlangsung di Qatar.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang mungkin menjadi perhatian The Reds semasa pertandingan ialah Tamari, yang telah memainkan peranan penting dalam larian mengejut untuk Jordan.
🇯🇴Jordan striker Mousa Al-Tamari thanked the fans, the coach and… the Moroccan people after his side's historic win over South Korea.
Coach Hussein Ammouta, who has led Jordan to their first ever #AsianCupFinal, is Moroccan.🇲🇦 pic.twitter.com/61BIW2sPRU
— DW Sports (@dw_sports) February 7, 2024
Digelar ‘Messi Jordan’, Tamari telah diperhatikan oleh Liverpool pada masa lalu, dengan Anfield Watch melaporkan tahun lalu bahawa The Reds sedang memerhatikan perkembangan pemain sayap kanan kaki kiri itu semasa di kelab kelab Montpellier.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang menghabiskan masa di kelab Belgium OH Leuven dan di Cyprus bersama APOEL sebelum berpindah ke Perancis, telah menjaringkan tiga gol dan mempunyai satu assist dalam Ligue 1 setakat ini.
Walaupun terdapat persamaan yang jelas antara Tamari dan Mohamed Salah milik The Reds , mereka berdua miliki kekuatan kaki kiri, kemahiran menggelecek padu dari negara Arab.
Gelaran Messi adalah bintang hebat yang diperoleh pemain sayap Jordan itu sebagai perbandingan semasa di APOEL. Namun, ia bukanlah nama samaran yang amat digemarinya.
“Saya tahu sesetengah orang memanggil saya begitu (Messi Jordan), tetapi saya tidak suka nama panggilan itu,” kata Tamari seperti yang dipetik oleh Marca pada September.
“Di Cyprus peminat agak gila dan mereka mencipta nama samaran itu.
“Mereka juga mencipta lagu di mana mereka bercakap tentang saya sebagai ‘Messi Jordan’.”
🤯 Mousa Al-Tamari 𝗰𝗮𝗻𝗻𝗼𝘁 be stopped!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JORvKOR pic.twitter.com/cYCoKx92Tb
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 6, 2024
Sama ada Messi atau Salah pasti berbangga dengan jaringan separuh masa kedua pada Selasa, dengan Tamari menjaringkan salah satu gol kejohanan itu untuk membantu Jordan memang 2-0 menentang Korea Selatan, mengesahkan tempat negaranya ke final Piala Asia.
Pemain sayap itu memotong dari sebelah kanan dan menggelecek beberapa pemain pertahanan Korea sebelum melencong ke sudut jauh melepasi penjaga gol Cho Hyun-woo.
Jordan memulakan kempen membenam Malaysia 4-0 dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan tetapi kemudian seri 2-2 dengan Korea Selatan dan tewas 1-0 kepada Bahrain, hanya layak ke kalah mati sebagai salah satu pasukan terbaik di tempat ketiga.
Mereka telah mengalahkan Iraq, Tajikistan dan kini Korea, dengan berdepan Qatar penentuan kejuaraan pada Sabtu.
Jika Tamari mempamerkan satu lagi persembahan serupa hujung minggu ini, ia mungkin menarik perhatian pasukan pemantau Liverpool.