PERMINTAAN anak-anak yatim yang mahu menikmati pengalaman berbuka di puasa hotel, Rosesilawati Mohamad Ali, atau lebih dikenali sebagai Syeila, terus meningkatkan keazaman dan usaha, merealisasikan impian itu baru-baru ini.
Syeila, yang juga Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak IGunners sudah sembilan tahun menganjurkan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim, meneruskan tradisi itu untuk tahun ke-10, baru-baru ini.
Penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur (Pekeas), Rumah Perlindungan Al-Haq, dan Tahfiz Darul Zikri bagaikan anak-anaknya sendiri, namun kepercayaan bahawa meraikan insan serba kekurangan, amat mulia di sisi Allah.

Rosesilawati berasa bertuah dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim.
Menurut Syeila, semangat untuk meneruskan program ini semakin kuat selepas pertemuannya dengan anak-anak yatim beberapa bulan sebelum Ramadan.
“Saya terharu apabila mereka menyambut saya dengan pelukan dan kegembiraan. Setiap kali program iftar ini diadakan, mereka begitu ceria dan bersemangat. Melihat kebahagiaan mereka, saya merasa terpanggil untuk terus meraikan mereka,” katanya, yang prihatinan terhadap kebajikan anak-anak yatim.

Rosesilawati bersama beberapa penaja meraikan anak-anak yatim.
Syeila berkata, selain permintaan anak yatim yang mahukan berbuka puasa di hotel, beberapa syarikat swasta juga mahu program itu diteruskan.
“Antara pengalaman yang saya tidak boleh lupakan adalah ketika membawa anak-anak yatim ke bazaar Ramadan. Ketika itu, anak-anak ini teruja malah ada yang menangis kerana dapat menikmati pengalaman ke bazaar dan diberi kebebasan membeli juadah yang diinginkan.”