KELAB Rekreasi FC telah memenangi anugerah ‘Fair Play’ dalam kejohanan bola sepak antarabangsa di Kerala, India, yang menunjukkan semangat sportsmanship yang tinggi dari pasukan tersebut.

Bekas pemain bola sepak Perak, P. Ravindran berkata, Kelab Rekreasi FC telah mencipta momen yang hebat dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Kami telah mewakili Malaysia dalam kejohanan di Kerala, India, dan ini adalah pengalaman yang sangat indah bagi saya dan rakan sepasukan saya.

“Kami juga bermain dengan beberapa pasukan negeri dan negara seperti Kerala, Chennai, Dubai, Bekas Tentera Kerala, Thirussur, Andra, Kochin & Malappuram. Pengalaman ini sangat berharga bagi saya dan rakan sepasukan saya selepas sekian lama.

“Kami juga telah dianugerahkan sebagai pasukan Fair Play terbaik dalam kejohanan tersebut,” kata Ravindran yang pernah digelar ‘Kinta Ekspres’.

May be an image of 12 people

Kebanggaan Malaysia. Tahniah Kelab Rekreasi FC.

 

Pada usianya 50-an hari ini, pemain ini yang sebaris dengan Azizol Abu Haniffah, adalah watak penting ketika Perak menewaskan Selangor pada final Piala FA 1990.

Ravindran beraksi posisi sayap kanan ketika zaman kegemilangan berterima kasih kepada Kelab Bola Sepak Gymkhana kerana menganjurkan kejohanan yang disifatkan begitu hebat.

“Terima kasih menjemput pasukan Malaysia dan kami amat berbangga apabila semua orang bersatu untuk mengadakan kejohanan ini.

May be an image of 6 people

Trofi Fair Play menjadi milik Kelab Rekreasi FC.

 

“Terima kasih kepada pasukan saya dan semua pasukan yang telah bermain dalam kejohanan ini.

“Ingat kepada semua pemain dan pemain muda yang akan datang, usia hanya satu nombor. Apabila anda dedikasikan diri dalam sukan dan mendisiplinkan diri. Apa sahaja boleh dicapai jika matlamat anda betul,” ujarnya.