KELANA United FC mencipta kejutan apabila mengumumkan bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan sebagai pemain terbaru mereka.

Pengesahan terkini ini dibuat oleh Facebook rasmi kelab pada Isnin.

“Mengumumkan pemain terbaru @kelanaunited bagi saingan Selangor Champions League @shukoradan.

“Dia merupakan bekas pemain profesional untuk pasukan Negeri Sembilan, Selangor, ATM , Felda, Melaka, Kuala Lumpur juga mempunyai pengalaman di peringkat kebangsaaan.

“Pengalaman berharga dan didikan Shukor Adan pastinya di tagih pemain muda Kelana United untuk masa akan datang.

Good Luck Shukor‼️ ,” kata kenyataan itu.

Pencapaian terbaik kelab itu adalah muncul juara Liga Bahagian 1 FAS 2022.