LUAR BIASA !!
Itulah rumusan boleh diceritakan disebalik kemenangan besar Malaysia Bawah-16 membelasah Indonesia 5-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Stadium Pakansari, Bogor sebentar tadi.
Kemenangan itu juga memastikan Malaysia pimpinan Osmera Omaro layak ke pusingan akhir secara merit selaku juara kumpulan.
Pesta gol negara dimulakan oleh Zainurhakimi Zain m-17 diikuti Arami Wafiy 20′. Anjasmirza meledak jaringan ketiga 23′ sebelum Afiq Danish Z menambah lagi kedudukan 26′.
Arami memastikan Malaysia kekal selesa selepas menyudahkan penalti m-38 sebelum menuju ke bilik persalinan.
Tiada sebarang pertambahan jaringan di babak kedua negara kecuali tuan rumah memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan menerusi Arkhan Kaka Putra dan kemenangan ini memastikan Malaysia gah muncul juara Kumpulan B dengan meraih 10 mata.
Sebahagian daripada aksi terbaik skuad b-17 negara bertemu pasukan Indonesia di Bogor malam ini.
Foto kredit: @FAM_Malaysia #kelayakanpialaafcB17 pic.twitter.com/fhzo0pwC1C— Flash Sukan (@FlashSukan) October 9, 2022
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin turut berada di stadium memberikan sokongan buat pemain negara sepanjang perlawanan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia bermain di pentas pusingan akhir adalah pada 2018 ketika menjadi tuan rumah kejohanan yang dibimbing oleh Lim Teong Kim.
Terdahulu, P. Somasundram membawa pasukan negara layak bermain kejohanan sulung AFC Bawah 16 tahun di India secara merit pada 2016.
Banyak pemain bintang menyinari dan dicungkil bakat sepanjang pembabitan di peringkat bawah umur sehingga mewakili pasukan negeri masing-masing ketika itu.
Antaranya, Abdul Halim Zainal, Khairul Fahmi Che Mat, Bunyamin Umar, Nizad Ayub, Asraruddin Putra Omar, Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari Ibrahim, Amer Saidin, D. Saarvindran dan Shahrul Saad.