SKUAD futsal kebangsaan bakal terbang ke Uzbekistan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia Futsal AFC 2024 apabila diundi dalam Kumpulan G bersama-sama tuan rumah, Uzbekistan, Iraq dan Kemboja.
Menerusi undian yang dilakukan di Kuala Lumpur pada Khamis, Malaysia berjaya mengelak daripada diletakkan satu kumpulan dengan gergasi futsal Asia, Iran dan Jepun yang masing-masing diundi dalam Kumpulan C dan H.
Malaysia yang masih belum mengumumkan siapakah ketua jurulatih baharu akan menghadapi kejohanan ini dari 2 hingga 13 Oktober 2023 dengan pasukan tempat teratas setiap kumpulan dan tujuh tempat kedua terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal tahun hadapan.
💫 𝐂𝐇𝐀𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐏𝐀𝐓𝐇 𝐓𝐎 𝐆𝐋𝐎𝐑𝐘 💫#ACFutsal2024 Qualifiers draw results unveil the first step towards regional supremacy! 💪
📅 October 7-11, 2023 pic.twitter.com/7I6iMkHrR2
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 22, 2023
Ketika kempen kelayakan pada 2022, Malaysia gagal ke Piala Asia di Kuwait selepas hanya meraih tempat ketiga dalam kumpulan di belakang Thailand dan Indonesia yang pada ketika itu dijalankan mengikut zon.
Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia Futsal AFC adalah pada tahun 2018 di Taiwan dengan skuad negara sekadar menduduki tangga terakhir Kumpulan A dengan tiga mata hasil satu kemenangan dan dua kekalahan.
Jepun adalah juara bertahan pada edisi 2022 selepas menewaskan Iran 3-2 dalam aksi yang cukup dramatik sekaligus meraih kejuaraan keempat dalam sejarah.