KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) dan jenama pakaian sukan global KELME telah mengumumkan lanjutan serta pengembangan kerjasama mereka yang meliputi pelbagai pertandingan dari 2024 hingga 2029.

Melalui perjanjian ini, KELME akan dilantik sebagai Penyokong Global Rasmi untuk semua pertandingan utama kelab AFC serta beberapa pertandingan pasukan kebangsaan dalam tempoh kontrak.

Kerjasama AFC bersama KELME dari 2021 hingga 2024 merangkumi semua kejohanan utama pasukan kebangsaan AFC, termasuk Piala Asia AFC Qatar 2023.

Selain itu, Piala Asia Bawah 23 Tahun AFC 2022 dan 2024, serta pertandingan remaja lain dan KELME turut menyumbangkan bola perlawanan khas bagi Piala Asia AFC Qatar 2023.

Pengumuman lanjutan ini dibuat dalam satu majlis rasmi di ibu pejabat KELME di Jinjiang, China dan yang turut hadir dalam majlis itu adalah wakil-wakil dari AFC dan KELME. 

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, AFC gembira kerana dapat melanjutkan kerjasama antara dua pihak ini dan ia akan menjadikan masa depan bola sepaj Asia lebih cerah.

“AFC gembira bukan sahaja untuk melanjutkan, malah memperkukuh kerjasama dengan KELME yang kini meliputi pertandingan kelab yang telah diperbaharui.

“Ini menonjolkan daya tarik serta pertandingan bertaraf dunia AFC yang semakin berkembang. Kami berbangga dengan kejayaan kerjasama setakat ini dan berterima kasih kepada KELME atas keyakinan bersama bahawa masa depan bola sepak Asia lebih cerah daripada sebelumnya,” ujar Windsor dalam satu kenyataan.

KELME akan menggunakan kepakaran globalnya untuk menghasilkan pakaian dan aksesori bertaraf dunia, serta memastikan standard kualiti bagi semua pertandingan AFC.

KELME juga merupakan lola Rasmi untuk acara AFC Asian Cup 2023

Tambahan, mereka juga akan membekalkan bola rasmi bagi pertandingan utama seperti Piala Asia AFC Arab Saudi 2027, Piala Asia Wanita AFC Australia 2026, Piala Asia B-23 AFC 2026 dan 2028, serta Piala Asia Futsal AFC™ 2026 dan 2028.

Pengerusi Kelme, Ke Yongxiang, turut meluahkan rasa bangga beliau keatas kerjasama yang diperbaharui ini.

Kami berbesar hati untuk memperbaharui kerjasama strategik ini dengan AFC selepas kejayaan luar biasa dengan kerjasama terdahulu.

“Fasa ini merangkumi kejohanan pasukan kebangsaan dan juga kelab, memperkukuh lagi kerjasama kami untuk mewujudkan nilai lebih besar untuk bola sepak Asia. Kami tidak sabar untuk menyaksikan prestasi cemerlang KELME dalam Kelayakan Asia AFC, Piala Asia AFC, dan Liga Juara-Juara AFC Elite,” jelasnya.

“Komitmen AFC dan KELME telah mendorong kejayaan luar biasa kerjasama ini, dan kami gembira melihat kedua-dua pihak melanjutkan serta memperluaskan lagi skop kerjasama.”

“Kami yakin KELME mampu menyediakan produk dan kelengkapan bertaraf dunia yang sejajar dengan kedudukan dan populariti bola sepak Asia,” tambah CEO Asia Football Group (AFG), Patrick Murphy.