SATU lagi pencapaian buat jenama sukan terkemuka dari Sepanyol, Kelme apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan VORTEXAC23 sebagai bola rasmi Kejohanan Piala Asia AFC 2023.

VORTEXAC23 adalah satu model inovasi yang dicipta bagi memastikan kualiti tertinggi ketika dimainkan di atas padang dan juga diperbuat dari material yang berdaya tahan.

Didatangkan dengan warna merah yang menonjol dengan latar putih yang disertakan dengan rekaan geomatrik sudah pasti akan menjadi tarikan kepada para penyokong ketika kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.

Bola ini mempunyai ciri-ciri canggih dengan teknologi terkini yang memastikan kekuatan yang baik dalam setiap tendangan, hasil dari kemampuannya mengekalkan bentuk dan ketahanan dari perubahan bentuk.

Kelme juga memastikan bola ini mempunyai cengkaman yang baik ketika dimainkan agar pemain dapat memberikan aksi yang baik ketika diatas padang dan bagi memastikan kesemua 24 pasukan yang bertanding merasai pengalaman bermain bola sepak terbaik.

Bola ini juga melambangkan semangat yang bola sepak berikan kepada pemain dan penyokong dan memberikan pengalaman baharu yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk melihat kecanggihan bola ini di padang, VORTEXAC23 pastinya akan menjadi tumpuan utama dalam kejohanan ini.