KEM hoki negara mendepani satu lagi cabaran besar apabila skuad 5 sebelah (5’s) lelaki kebangsaan Piala Dunia 5’s di Muscat, Oman, Januari depan.

Berada satu kumpulan dengan tuan rumah Oman, Fiji dan Amerika Syarikat, dalam kumpulan D, peluang skuad negara dilihat cerah untuk ke pusingan kalah mati, namun tidak ada satu lawanpun akan dipandang mudah.

Malaysia menentang Pakistan pada saingan hoki 5’s Piala Asia, di Mustac, Oman, Ogos lalu.

Pengurus pasukan kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib berkata, prestasi dan potensi skuad negara menjadi sandaran ketika kemampuan setiap lawan sukar untuk diterjemahkan, terutamanya ketika menyertai kejohanan yang kali pertama dianjurkan itu.

Skuad negara dijadual membuka tirai kempen dengan bertemu Oman pada 28 Januari.

Aksi Hoki 5’s Piala Asia membabitkan skuad negara menentang Bangladesh, Ogos lalu.

“Kita belum meletak apa-apa sasaran, hanya memberi tumpuan kepada setiap satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita tak mahu memberi tekanan kepada pemain. Apa yang mustahak sekarang ini adalah mempersiapkan pasukan sebaik mungkin.

“Piala Dunia ini, kali pertama dianjurkan, jadi tak dapat gambaran yang jelas bagaimana kekuatan pasukan lawan,” kata Sukri yang juga bekas tonggak hoki kebangsaan sebelum ini.

Saingan dalam kumpulan A, Hoki Piala Dunia 5’s di Muscat Oman, Januari tahun hadapan.

Saingan dalam kumpulan B, Hoki Piala Dunia 5’s di Muscat Oman, Januari tahun hadapan.

 

Saingan dalam kumpulan C, Hoki Piala Dunia 5’s di Muscat Oman, Januari tahun hadapan.

Malaysia bersaing dalam kumpulan D, Hoki Piala Dunia 5’s di Muscat Oman, Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Sukri berkata, pasukan yang dikemudi Wallace Tan ini akan cuba memberikan cabaran kepada lawan bagi melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Kita akan cuba tetapi seperti saya katakan, kita akan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dahulu. Cuba dapatkan keyakinan dan kalau menang perlawanan pertama, ia akan memberi keyakinan kepada perlawanan seterusnya.

Skuad wanita turut layak beraksi di Piala Dunia 5’s.

“Hoki 5’s berbeza dengan hoki padang. Walaupun pasukan bukan nama besar dalam hoki tetapi apabila hoki 5’s, mereka mampu memberikan cabaran,” katanya.

Selain skuad lelaki, pasukan wanita 5’s kebangsaan turut dijadual menyertai kejohanan sama dengan diundi dalam Kumpulan A bersama Fiji, Belanda dan Oman dari 24 hingga 27 Januari depan.