NAMPAKNYA mungkin ada satu khabar gembira yang bakal mewarnai lagi arena sukan angkat berat negara.
Menurut sumber terdekat FLASH SUKAN kem latihan angkat berat negara bakal lebih meriah apabila kira-kira lapan orang atlet pelapis bagi persiapan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang.
Apa yang menarik, tiga daripada lapan atlet pelapis ini akan disetai dengan atlet angkat berat wanita.
Sebagai rekod, kali terakhir skuad angkat berat negara mempunyai wakil atlet wanita adalah pada tahun 2022.
Sementara itu, pelapis-pelapis muda yang dijangka sertai sesi latihan rasmi bermula bulan Mac nanti bakal menyaksikan pertambahan atlet selepas hanya tiga orang atlet sahaja yang berlatih sejak dua tahun lalu.
Tiga badang negara yang kini semakin cemerlang beraksi sejurus meraih perhatian umum adalah Mohamad Aniq Kasdan, Muhamad Aznil Bidin dan Muhammad Erry Hidayat.