PASUKAN Everton telah mengesahkan bahawa musim depan akan menjadi musim terakhir mereka di Goodison Park sebelum berpindah ke stadium baru mereka yang “luar biasa” bernilai £500 juta (RM2.96B).
The Toffees akan bermain di stadium berkapasiti 52,888 orang di Bramley-Moore Dock bermula dari awal musim 2025/26.
Ini bermakna kempen 2024/25 akan menjadi musim terakhir Everton di Goodison Park. Kelab itu telah berada di padang legenda Liga Perdana sejak tahun 1892.
Ketua Pegawai Eksekutif sementara, Colin Chong telah berjanji kepada peminat bahawa mereka akan diberikan peluang untuk memberi “perpisahan yang selayaknya” kepada Goodison Park.
Dia mengesahkan: “2024/25 dijadualkan menjadi musim terakhir kami di Goodison Park. Bila sampai masa kami menutup pintu buat kali terakhir, Goodison akan menjadi rumah kami selama hampir 134 tahun, dengan banyak penyokong memberitahu kami dengan jelas tentang keinginan mereka untuk memastikan Grand Old Lady mendapat perpisahan yang sesuai.”
“Buat masa sekarang, kelab telah melihat beberapa siri acara, lawatan, dan perayaan yang akan membolehkan kita semua memberikan penghormatan kepada salah satu stadium yang paling ikonik dan terkenal di dunia.”
“Sekarang kita tahu perpisahan kepada Goodison akan menjadi perayaan selama setahun, kita boleh mula mengukuhkan rancangan itu dan kita akan mula mendedahkan lebih banyak butiran mengenai apa yang dirancang dan bagaimana peminat boleh terlibat pada akhir musim ini,” ujarnya.
Difahamkan, kerja-kerja di arena baharu Everton dijangka siap pada penghujung tahun 2024.
Ketua kelab telah mempertimbangkan pelbagai faktor komersial, logistik, sukan dan berkaitan peminat ketika memutuskan hari perayaan terakhir Goodison.
Peminat pastinya akan teruja dengan penentuan tarikh untuk pengembaraan terbaru Everton. Seorang peminat menulis: “Ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa, bukan?”
Seorang lagi menulis: “Ia membuatkan anda beremosi.” Salah seorang yang lain mencatatkan: “Stadium terbaik di Eropah.”