MAGHRIBI menewaskan pasukan besar seperti Sepanyol dan Portugal untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 sekaligus memahat kejutan peminat bola sepak seluruh penduduk bumi.
Justeru itu, pengendali Singa Atlas, Walid Reragugui mahu memasang impian memenangi Piala Dunia.
Menurutnya, Maghribi berada dalam bentuk permainan terbaik dan hanya boleh dicabar oleh pasukan terbaik!
“Kami telah bermain beberapa pasukan yang sangat hebat tetapi setakat ini kami tidak mencapai apa-apa.
“Mesej saya sekarang ialah sesiapa yang bermain, kami sekarang perlu berada di puncak permainan mereka, ia tidak akan mudah,” katanya.
Family ❤️#FIFAWorldCup | #Qatar2022
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022
Kata-kata Walid Reragui itu mungkin boleh dikatakan sombong pada sesetengah orang. Maghribi sudah mencipta sejarah. Mereka adalah pasukan Afrika pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia!
“Kenapa kita tidak bermimpi untuk memenangi Piala Dunia? Bermimpi itu percuma,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Maghribi singkir Portugal, lakar sejarah ke separuh akhir kali pertama Piala Dunia
Sekarang cabarannya ialah Perancis. Pertembungan separuh akhir antara Les Bleus dan Maghribi akan di Stadium Al Bayt, Al Khor awal pagi Khamis nanti.