SETIAP kali ada konsert dan kemudian perlawanan antarabangsa, masalah padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sering dibangkitkan oleh peminat sukan khususnya peminat bola sepak.

Tidak dinafikan, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium multi-purpose dan boleh digunakan untuk apa-apa acara dari segi sukan, hiburan mahupun acara politik sekali pun.

Dengan rumput baharu yang ditaja oleh Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, penjagaan rapi perlu dilakukan oleh pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk memastikan rumputnya mampu tumbuh dengan segar dan akarnya matang.

Namun, belum sempat rumput itu dapat tumbuh dengan sempurnanya, pelbagai aktiviti sudah dijalankan di stadium itu seperti konsert mahupun perlawanan bola sepak.

Alternatif perlu dibuat oleh PSM untuk memastikan padang dapat dijaga dan pada masa yang sama income daripada aktiviti yang dijalankan dalam stadium dapat diteruskan.

Keadaan padang selepas diadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi satu postingan Facebook milik artis dan arkitek pereka dalaman Azhar Sulaiman, beliau berkata terdapat solusi lain untuk mengelakkan rumput menjadi lebih teruk ketika acara lain dijalankan di dalam stadium.

Beliau mencadangkan satu struktur yang boleh dibuka pasang untuk digunakan sewaktu konsert diadakan kerana ia mengurangkan impak kerosakan padang.

“Kau letak semua benda berat direct atas rumput…matilah kawan tuh.

Selain bergelar artis, Azhar Sulaiman juga merupakan arkitek pereka dalaman dari graduan UiTM.

“Behar (Azhar) punya solusi ialah kenapa tak nak guna Portable Trust Structure yang boleh dibuka pasang as flooring atas padang SNBJ ni.

“Sekurang-kurangnya rumput tak kena hentam directly and selamat sikit ‘dorang’ (rumput) dari mati di hempuk.

“Kalau guna teknik ni ianya lebih murah/flexible dibanding option lain untuk selamatkan padang ni. Dan PSM boleh sewakan untuk events lain,” katanya yang turut memuatnaik video mengenai perkara itu di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN : Hans Isaac kekal terajui PSM, terserah kepada ahli Lembaga Pengarah

Sebelum ini, PSM dilaporkan akan melakukan bedah siasat berhubung keadaan padang SNBJ selepas perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman.

PSM dalam kenyataan berkata, mesyuarat itu akan melibatkan juruperunding dan kontraktor yang akan berlangsung minggu depan.