KELAB Manchester United mungkin akan memberi keputusan ‘dalam beberapa bulan lagi’ sama ada mereka mahu membawa Mason Greenwood kembali ke pasukan itu.

Penyerang berusia 22 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang baik di padang sejak bergabung dengan Getafe FC secara pinjaman selama satu musim, dan mencatatkan empat gol dalam 11 perlawanan, termasuk gol hebat menentang Almeria pada November lalu.

Greenwood sebelum ini menyertai Sepanyol yang bermain di La Liga setelah pihak atasan memutuskan dia tidak boleh meneruskan kerjayanya di Old Trafford selepas penyiasatan terhadap kelakuannya di luar padang.

Walau bagaimanapun, Greenwood masih merupakan salah satu pemain Red Devils secara teknikal memandangkan dia hanya dipinjamkan kepada kelab itu.

Greenwood pamer aksi mengagumkan di atas padang untuk Getafe, menjaringkan empat gol dalam 11 perlawanan.

Perkara ini berlaku semasa Sir Jim Ratcliffe bersedia untuk menyelesaikan pembelian 25 peratus saham Old Trafford dalam satu perjanjian bernilai £1.3 bilion (RM7.61B).

Langkah tersebut kemudiannya akan menyaksikan jutawan British itu mengambil alih pengoperasian kelab bola sepak, termasuk urusan perpindahan.

Sir Jim berkemungkinan akan membuat perubahan besar dengan barisan pengarah dan CEO baru yang boleh mendorong kelab tersebut mengambil pendekatan baru dalam urusan perpindahan para pemainnya.

Wartawan Itali, Fabrizio Romano percaya bahawa dengan perubahan di pengurusan tertinggi kelab, ini bermakna situasi dan masa depan Greenwood bakal dibincangkan kembali.

Romano dalam Daily Briefing berkata tiada keputusan yang telah dibuat, tetapi ia boleh dibuat dalam masa beberapa bulan dan mungkin akan berlaku pada bulan Mac, April atau Mei berdasarkan prestasi Greenwood di Getafe.

Greenwood telah ditangkap pada Januari 2022 berikutan tuduhan cubaan merogol, menyerang dan mengawal paksaan tetapi dia menafikan kesemuanya dan tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Terdahulu, Greenwood ditangkap pada Januari 2022 atas tuduhan cubaan merogol dan keganasan fizikal, namun menafikan semua tuduhan itu dan kes itu kemudiannya dibatalkan oleh CPS.

Pemain muda itu kali terakhir bermain untuk United dalam kemenangan 1-0 mereka menentang West Ham pada 22 Januari 2022.

Sementara itu, The Sun melaporkan kelab Valencia dan Real Sociedad sedang “memantau” penyerang England itu dan mungkin bersedia untuk membuat pergerakan pada musim panas.

Seorang sumber berkata: “Adalah tidak mungkin untuk Greenwood kembali ke United, dia terhutang budi kepada Getafe atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepadanya, dan mungkin akan membuat perpindahan kekal pada penghujung musim.