PEMAIN Chelsea dilaporkan berasa keliru dengan keputusan pengurus, Mauricio Pochettino untuk tidak memilih Thiago Silva sebagai kapten kelab tanpa kehadiran Reece James dan Ben Chilwell.

James diberikan tanggungjawab sebagai kapten pasukan pada permulaan musim berikutan pemergian Cesar Azpilicueta.

Manakala Ben Chilwell sebagai pembantu kapten pasukan.

Walau bagaimanapun, James bergelut untuk kekal cergas sejak dilantik sebagai kapten, setelah memulakan hanya lima perlawanan Liga Perdana setakat musim ini.

Kini, pemain antarabangsa England itu menghadapi satu lagi musim diketepikan dari skuadnya selepas mengalami kecederaan hamstring semasa kekalahan Chelsea 2-0 di Everton.

Sementara itu, Chilwell menggalas tugas kapten untuk tiga perlawanan liga utama awal musim ini, sebelum mengalami masalah hamstring sendiri pada September. Dia tidak beraksi sejak itu dan masih belum pasti berapa lama bekas pertahanan Leicester itu akan kembali ke padang.

James bergelut untuk kekal cergas sejak dilantik sebagai kapten.

Jika Chilwell tidak kembali, Conor Gallagher dijangka akan menggantikannya untuk perlawanan helsea menentang Sheffield United pada Sabtu ini untuk kali kelapan dalam liga musim ini. Ini akan mendahului pemain pertahanan berpengalaman Thiago Silva, yang telah diabaikan oleh Pochettino dalam hal itu.

Menurut The Guardian, skuad Chelsea dikatakan ‘terkeliru’ dengan keputusan Silva tidak dilantik sebagai kapten ketika ketiadaan James dan Chilwell.

Terdapat persoalan mengenai kepimpinan pasukan dan terdapat cadangan dalam bilik persalinan bahawa Silva telah ‘tidak dihormati’.

Jangkaan awal pada musim panas ialah Silva akan menjadi kapten baharu pasukan selepas Azpilicueta tamat kontraknya. Silva, 39, merupakan pemain paling berpengalaman di bilik persalinan Chelsea telah mencatat 897 penampilan senior sepanjang kerjayanya.

Bercakap pada Ogos selepas James dilantik mendahului Silva, Pochettino berkata: “Ini adalah keputusan yang diambil oleh saya dan kelab. Kami sangat gembira Reece akan menjadi ketua pasukan pada musim ini. “

“Dia memberi contoh dan sikap serta dedikasinya kepada Chelsea jelas sepanjang pra-musim. Dia dengan bangganya memakai lilitan kapten semasa lawatan musim panas kami dan akan mengambil cabaran untuk memimpin pasukan kami dengan pendekatan dan idea sendiri.”